APPSheet – cara mudah akses Maklumat Murid buat Guru Kelas.

Buku Jadual Kedatangan Murid tidak lagi digunakan mulai 14 Januari 2019. Pernyataan ini adalah bersumberkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1 / 2019 bertajuk Panduan Rekod Sistem Pengurusan Kehadiran Murid di sekolah KPM yang berkuat kuasa mulai 14 Januari 2019. Ini juga merupakan satu langkah yang diambil oleh pihak KPM bagi meringankan beban guru terutama guru kelas.

Jadi, salah satu kaedah yang boleh diguna pakai untuk guru kelas memperolehi Maklumat Murid seperti no telefon penjaga misalnya jika berlaku kecemasan secara cepat, adalah dengan menggunakan AppSheet. Berikut adalah cara mudah untuk memindahkan maklumat-maklumat murid dari excel ke dalam aplikasi APPSheet.

Walaubagaimanapun harus diingat, kerahsiaan data tetap diutamakan dan hanya pihak HEM dan Guru Kelas sahaja yang boleh akses dan hanya maklumat-maklumat ringkas sahaja yang diperlukan seperti no telefon penjaga dan alamat kediaman.

Untuk makluman, APPSheet tidak menyimpan maklumat tetapi hanya menggunakan maklumat daripada Cloud, dalam kes ini maklumat berada di dalam Google Drive (moe-dl) dan hanya ID emel (Guru Kelas) yang diberi autoriti sahaja yang boleh akses.

Langkah 1

Layari https://www.appsheet.com/ dan klik Start for free. Daftar menggunakan emel Google. Saya menggunakan emel rasmi KPM (sekolah-xxxx@moe-dl.edu.my)

Langkah 2

Upload fail-fail data kelas yang telah diasingkan ke Google Drive yang sama dengan emel AppSheet.

Upload semua file dan pastikan semua file adalah dalam format Google Sheet.
Pastikan row paling atas sekali adalah ‘tajuk’ bagi setiap column. (nama, alamat dsb)

Langkah 3

Seterusnya kembali ke laman Appsheet dan mulai untuk bina app.

Klik ‘New App’
Klik ‘Start with your own data’
Taip nama app (Nama Kelas) dan pilih kategori yang sesuai.
Pilih folder kelas yang telah dimuat naik. Kemudian pilih fail sheet Kelas yang sama dengan nama app yang telah dibina.
Contoh paparan yang keluar apabila fail Sheet tadi berjaya di upload ke AppSheet.
Klik Share app dan masukkan emel Guru Kelas. Ini untuk memastikan hanya Guru Kelas sahaja yang mempunyai akses kepada Aplikasi Data Murid dalam kelasnya.
Enable :Send invite email’ dan klik Add users + send invite.

Langkah 4

Guru Kelas akan menerima notifikasi emel jemputan untuk menggunakan aplikasi APPSheet.
Klik Install
Klik Add to homescreen
Aplikasi APPSheet sedia digunakan.

*Selepas cikgu-cikgu faham konsep sync data dengan AppSheet, cikgu-cikgu dah boleh guna konsep yang sama untuk bina lain-lain aplikasi menggunakan data-data mentah yang lain seperti ID GC murid, sukan dan sebagainya. Selamat mencuba 👍👍